Ada pelbagai versi cerita tentang nama Kuala Kangsar. Salah satu yang saya tahu ialah berpunca daripada ' kurang sa, seratus'. Diberitakan melalui orang-orang tua yang saya dengar bahawa sungai Perak mempunyai 99 anak sungai. Kurang sa (satu) untuk dijadikan jumlah seratus. Maka dari itu terjadilah nama penempatan ini Kuala Kangsar (kurang sa). Sejauh mana kebenarannya tidak siapa yang tahu, tetapi apa yang kita tahu setiap nama yang diberikan oleh orang-orang terdahulu pasti ada puncanya. Mungkin itulah punca nama Kuala Kangsar.
Abd Malik Abdullah 019-4758725