Sabtu, 30 Mei 2009

SELAMAT DATANG KE KUALA KANGSAR

Ada pelbagai versi cerita tentang nama Kuala Kangsar. Salah satu yang saya tahu ialah berpunca daripada ' kurang sa, seratus'. Diberitakan melalui orang-orang tua yang saya dengar bahawa sungai Perak mempunyai 99 anak sungai. Kurang sa (satu) untuk dijadikan jumlah seratus. Maka dari itu terjadilah nama penempatan ini Kuala Kangsar (kurang sa). Sejauh mana kebenarannya tidak siapa yang tahu, tetapi apa yang kita tahu setiap nama yang diberikan oleh orang-orang terdahulu pasti ada puncanya. Mungkin itulah punca nama Kuala Kangsar.

Abd Malik Abdullah 019-4758725

3 ulasan:

  1. Tahniah, Malik kerana telah menjadi seorang usahawan yang berjaya. Teman doakan agar usaha yang mike lakukan ini dapat memberi pulangan yang lumayan serta dapat dicontohi oleh anak muda yang lain.

    BalasPadam
  2. amwm Tn Sheikh Malik,
    Mike ponoh dengo dak pokok yang bernama pokok kangsar? Itu le sempena Kuala Kangsar. Pada zanan dedulu, pokok ni banyak di kawasan ni.

    Banyak tempat di negara kita ni ambik sempena nama pokok.

    Macam juga Padang Rengas, ada pokok rengas. Ketio, ada pokok ketio, Kemuntin, ada pokok kemuntin. Rambai tuhuh ada pokok rambai. Kalo nak nambah lagi, Padang Asam, Lubok Mobo, Kare, Ipoh, Keledang, Terong, Sg Senam, Ulu Keneh..... melambak lagi. Semua tu nama pokok belake.

    Cuba mike kira anak2 sunge yang nyambong ke sg Perak. Betoi ke sungai konso to yang ke 99 ? Di kira dari mana? dari ulu Perak ke dari Teluk Intan? Temasuk sunge di kiri kanan sunge Perak ke?

    Teman ada ngira anak sunge dari Kuala ngelo ke Senggang je pun dah lebih 20 batang anak sunge. Itu baru tak sampe 5 batu (7km) Kalo 5 batu dah ada lebih 20 anak sunge, secara congak, maknanya lebih kurang 25 batu (35km) dah ada lebih 100 batang anak sunge. Lebih kurang dari Kuale ke Kampong Gajah je. Apa lagi kalo beratuh batu dari kuala ke Teluk Intan? Menesabah ke cuma 99 batang anak sunge?

    Orang kita melayu ni pande neke je!!! Dah tu nak nyedapken cerite....

    Muh kita buat anjakan paradigma. Kita ubah cara kita bepikio. Bio ada bahan yg lojik dan fakta yangg kita sembangkan tu yo betoi.

    BalasPadam