Sabtu, 30 Mei 2009

KUALA SENI ZAMAN




Kuala Seni Zaman adalah sebuah perniagaan yang berpusat di persisiran Sungai Kangsar. Kami menerima tempahan dan menjual baju melayu moden, tradisional, songkok, samping, kopiah, kain pelikat, t-shirt bercetak, capal dan lain-lain. gerai kami berpusat di alamat no.5, Gerai Satu Mukim Satu Produk, Jalan Shah Bandar, 33000 Kuala Kangsar, Perak. Jika anda ke Kuala Kangsar jangan lupa ke gerai kami.

Hubungi kami di 017-4612871, 019-4758725 Abd Malik Abdullah

Emel : abdmalik_abdullah@yahoo.com.my

SELAMAT DATANG KE KUALA KANGSAR

Ada pelbagai versi cerita tentang nama Kuala Kangsar. Salah satu yang saya tahu ialah berpunca daripada ' kurang sa, seratus'. Diberitakan melalui orang-orang tua yang saya dengar bahawa sungai Perak mempunyai 99 anak sungai. Kurang sa (satu) untuk dijadikan jumlah seratus. Maka dari itu terjadilah nama penempatan ini Kuala Kangsar (kurang sa). Sejauh mana kebenarannya tidak siapa yang tahu, tetapi apa yang kita tahu setiap nama yang diberikan oleh orang-orang terdahulu pasti ada puncanya. Mungkin itulah punca nama Kuala Kangsar.

Abd Malik Abdullah 019-4758725